Jumaat, 15 Mac 2013

Seloka 3 Muhriz

ASSALAMUALAIKUM :)


Salam sejahtera saya mulakan ,
Salam diberi penuh barakah ,
Seloka 3 Muhriz saya utarakan ,
Kalau terasa janganlah marah .

Mengajar sejarah setiap hari ,
Orangnya cantik lagi baik hati ,
Time mengajar serious sekali ,
Itulah Pn. Salbiah guru kelas kami .

Nur Farhan si ketua kami ,
Menjalankan tugas dengan amanah ,
Bersama penolong kerja digalas ,
Itulah dia Nizatul Shima .

Orangnya kecil dan peramah ,
Memegang jawatan sebagai bendahari ,
Hidup berjiran dengan Atikah ,
Nurul Afiqah nama diberi .

Waktu belajar senyap sahaja ,
Haziq Hamid empunya nama ,
Hotstuff 3 Muhriz jadi jolokan ,
Apalagi , tak habis-habis perasan .

Ashraaf, Aqil dan Basiron tiga sekawan ,
Asyik bergurau setiap masa ,
Sangat pemurah dengan senyuman ,
Kalau ketawa merekalah juara .

Walaupun nakal mereka tetap ceria ,
Punya harapan untuk berjaya ,
Hormat ibu bapa dan guru semua ,
Syafiq Saifulizan dan Naeem empunya nama .

Orangnya kemas bijak sekali ,
Rajin belajar ada imej tersendiri ,
Nur Shaziera Nadia nama diberi ,
Subjek Agama paling digemari .

Ceria orangnya petah berkata ,
Setiap hari bercakap sahaja ,
Niecacherry nama timangannya ,
Itulah dia si Khairun Nisa .

Adanya mereka macam tiada ,
Si Nurul Atirah mahupun Zalina ,
Walaupun riuh rakan ketawa ,
Mereka buat tak tahu sahaja .

Qayyum Affandy dan Irfan aktif bersukan ,
Begitu juga dengan Khairil Zaman ,
Mewakili sekolah dalam pelbagai acara ,
Di dalam kelas mereka senyap sahaja .

Orangnya putih dan peramah ,
Sangat fasih berbahasa Mandarin ,
Berkawan dengan Muawana dan juga Nur Athirah ,
Intan Farah Sauffiah empunya diri .

Zamzuri dan Ahmad Faris ,
Di dalam kelas pasti bersama ,
Membuat kecoh merekalah orangnya ,
Tiada mereka aman rasanya .

Tinggi lampai kurus orangnya ,
Terkawan rapat dengan Sarah Faizura ,
Justin Bieber sangat diminatinya ,
Itulah Najwa empunya nama .

Senyumannya manis, wajahnya cantik ,
Itulah dia si Nurul Ain Rahimah ,
Sangat berwibawa dan juga cerdik ,
Sangat ditakuti jikalau dia marah .

Izmi dan Shafiq Razak ,
Berbadan besar tetapi sangat peramah ,
Tak kurang juga si Zul Isyraf ,
Apa nak jadi pun tak tahulah .

Bertudung hitam, berbaju kuning ,
Sangat rajin membaca buku cerita ,
Jawatan pengawas perpustakaan dipegang ,
Nur Azreen Izzati namanya .

Miza Izzati ceria orangnya ,
Nur Aliah dan Nur Ain kawan rapatnya ,
Di dalam kelas duduk bersama ,
Pergi kemana-mana sentiasa bersama .

Aiman Faiz Hidayat sungguh dedikasi ,
Menjaga bangunan setiap hari ,
Ditemani oleh Amir Syahmi ,
Senyum sahaja setiap hari .

Inilah dia seloka 3 Muhriz ,
Kelas terbising di Tunku Ampuan Durah ,
Pelbagai ragam dan juga cerita ,
Buat tatapan dikongsi bersama .

Punya relax buat seloka ,
Hanya sekadar suka suka ,
Anggaplah ini sebagai penawar duka ,
Ampun dan maaf dipinta jika terasa .

CREATED BY:
ATIKAH BADARUDDIN (KIKKYLAVIGNE)

3 MUHRIZ THE BEST 
WALAUPUN GURU-GURU YANG MENGAJAR KAMI ASYIK MERENDAHKAN KELAS KAMI,
KAMI TETAP TAK MENGALAH DAN TERUS BANGKIT .
WE ARE THE BEST !
KAMI AKAN BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH DAN TAK AKAN MEGECEWAKAN GURU GURU KAMI .
8A's MILIK KAMI
INSYAALLAH :*


GUD LUCK PMR 3 MUHRIZ !
INSYAALLAH PMR DAPAT 8A's
AMIN :')



Sabtu, 2 Februari 2013

Merentas Desa :D

Haii. Assalamualaikum :)

sekola korang da buat da merentas desa ? mesti da kan ;) semalam sekola ziera baru buat merentas desa. buat waktu petang, waktu tengah hari terik :D *ramai tak suka sebenarnye buat waktu petang. heee ~ pukul 3 sampai 6.10 petang. *lame kan ? hahaha. tapi pagi tu kelas cam biase. belajar cam biasa.  -ziera rumah sukan DATO ABDULLAH (kuning) :')

~~

firstly......... lepas abis waktu sekola pagi kul 12.10 tengah hari tu, ziera balikkk. then, ziera rehat jap. lepastu mandi, bersiap siap. *dengan bersemangat nye, hahaha :D kul 2, bertolak ke sekola. sampai sekola dalam kul 2.10 cam tu. hmm.... sampai sampai je, tengok da ramai datang. padahal baru pukul berapa, start pukul 3. semua nye bersemangat na lari :D lepastu ziera tunggu geng ziera. ziera ade 6 orang kawan dalam satu geng. intan | eyra | wana | iena | tyra | ziera (me) .kita orang tak sama rumah sukan.... cuma tyra je sama rumah dengan ziera. intan rumah merah, wana rumah biru, eyra and iena rumah hijau. tapi kita orang still kawan :') hehehe. lepas dorang da sampai tu, kita orang pegy kelas jap. lepas da betul kan apa yang patut, baru la kita orang pegy padang :) *semua jantung dup dap dup dap :D 

~~
~~

sampai padang..... kita orang pegy dekat rumah sukan masing masing untuk daftar *ambik nombor :D tak silap ziera, ziera dapat nombor P2 106. tyra P2 121. jauh kan beza ? ^_~ lepas da pakai nombor tu, cikgu suruh berkumpul. ramai yang datang. meriah + best :') then..... P3 dulu yang lari, lepastu baru P2 :D lepas je wisel dibunyikan, ziera pun lari dengan semangat nye *semangat la sangat kan :D tak silap perempuan 4.5 km, lelaki 5 km. jauh kan ? :D ziera lari astu jalan, lari astu jalan, camtu la.... sekejap lari, sekejap jalan.. hahaha.. kawan ziera yang wana, intan, eyra da jauh kat belakang.... cuma.... tyra and iena lari ngn ziera... heeeee ~ sampai mana tah, ziera da kedepan, tinggalkan iena ngn tyra... sori kawan, tak sengaja ;) ziera terus lari ke depan... ramai jugakk cikgu yang jaga tu :) st john pun ada :) ziera pun lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari...... samapai je kat jambatan, ziera da tak bole lari, perut ziera sakit sngat. :/ziera cuma jalan je. lari sikit, sakit. memang tak bole lari. sedih la jgkk sebab tak dapt lari. *hanya Allah jela yang tau betapa sakitnya :'/ memang jauh, jauh sangat. dulu tak jauh pun... ziera asyik cakap  'cepat la sampai, cepat la sampai, cepat la sampai' tu je. perut ziera memang betul betul sakit, da tak bole na lari :( tekak ziera pun da pahit. na minum air. haus sangat sangat. ziera pun terus berjalan, jalan dan jalan... dan akhirnya Alhamdulillah sampai jugak sekolah dengan selamat. ziera dapat no 19, tapi tak dapat medal (medal sampai no 1-15 je). btw ziera dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan ziera DATO ABDULLAH :') Alhamdulillah.


~~
~~

lepas da bagy name ziera kat akak tu, kawan ziera yang iena ngn tyra pulakk sampai. Alhamdulillah dorang pun sampai dengan selamat. iena no 23, tyra 24....then..... ziera, iena, tyra pegy kat umah sukan masing masing untuk minum air. haus sangat. tekak pahit sangat. wana, intan, eyra tak sampai lagy ~ lepas je minum air oren, Alhamdulillah lega sangat :') lepastu eyra pulakk sampai. kemudian, kita orang pegy surau. beg kita orang ade kat sane. kita orang duduk kejap kat situ. rehat jap. sebab penat. memang penat. kaki pun da mule sakit.  lepastu iena bagy tau ziera yang tyra muntah mase lari tadi. kesian tyra :( ziera tanye tyra 'sekarang da okay ?' dia kata 'okayy' then... wana and intan pulakk sampai. Alhamdulillah semua sampai dengan selamat :( ziera bukakk kasut, bukakk stoking.... kaki ziera melecet :/ pedihh sangat. lepastu beberapa minit kemudian, tyra menangis. terkejut ziera dibuatnya. iyela tetibe nangis. ziera tanye dia 'okayy tak' dia nangis. astu ziera usap belakang dia. YaAllah kesian ziera tengok dia :'( *first time dia nangis depan kita orang... lepastu ziera tanya balik ' okayy tak, kenapa nie, bagitau la kita orang?' dia kata "takde ape, aku okayy' astu dia da berhenti nangis.. ziera suruh dia minum air kosong. 

~~
~~

lepastu, kita orang kena pegy padang balikk. sebab na tau keputusan merentas desa. sampai je padang, cikgu suruh berkumpul dan duduk dalam rumah sukan masing masing. kita orang berjemur lah bawah matahari yang terik tu :D semua cikgu duduk atas astaka, tapi kita orang semua kat tengah padang dengan panas yang terik tu. hahaha k. memang lame la kita orang berkemur. cikgu bagi ucapan la. itu la. ini la. hahaha. nasib baik pengetua takde. kalau tidak mesti panjang dia bagy ucapan. hahaha ;) then waktu penyampaian hadiah pulakk. rumah DS(merah) banyak menangg je. heeeee ~ lepas da selesai penyampaian hadiah tu semua, tibe nye pulakk untuk umumkan rumah sukan manekah yang berjaya. *waktu tu semua berdebar debar - dup dap dup dap :D 

~

tempat keempat - TUN PERAK 
tempat ketiga - DATO ONN
tempat kedua - DATO ABDULLAH
tempat pertama - DOL SAID 

~
~

rumah merah juara keseluruhan merentas desa. dulu rumah biru beturut turut juara ;) hahaha. rumah kuning dapat no 2. jyeahhhhhhhhh :D Alhamdulillah :') umah merah ngn rumah kuning cuma beza 4 mata je. YaAllah happy nye :D syukur :') ziera happy sangat sebab rumah kuning dapat no 2. na tau sebab apa ? sebab dulu rumah kuning berturut turut kalah, dapat no 4 je :( tapi sekarang no 2 :') jyeahhhhhhhhhhhhhhh :D hope umah DA dapat kekal kan dan hope umah DA menang tahun nie. aminnnn. InsyaAllah :')

DATO ABDULLAH BOLE DAN INSYAALLAH TAHUN NIE RUMAH DA BOLE JUARA
AMINN :')


Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar dan baik :') kepada yang tak berjaya, jangan sedih. korang da buat yang terbaik :D bagilah umah kuning pulak menang xP ;) heeee ~ tahun depan ade lagy k :) 

*okayy tu jela na berkongsi, tak banyak pun*
TERIMA KASIH MEMBACA :)

Isnin, 31 Disember 2012

2012 Kata Pergi , 2013 Kata Mari :D

Assalamualaikum :)

Haiiii . sihat ? hope sihat sihat :D hmm camne persiapan sekolah ? da siap ? da beli da barang sekolah ? hehe ;) da ready na ke sekolah ? haha . rabu nie da sekolah :) mesti ramai da tak sabar na pegy sekolah kan ? dan mesti ramai na cuti lagy kan ? sebab tak puas cuti . hee ;) Ziera tak sabar na kesekolah . tak sabar na jumpa kawan kawan ziera . hihi :* rindu la kt dorang semua :) korang pun mesti tak sabar na jumpa kawan kawan korang kan ? :D Ziera bakal jadi calon PMR 2013 . hehehe ;) hmm . BATCH 98 GUD LUCK :) berusaha yang terbaikk :D untungla kan yang da abis SPM tu :D sebab dorang da tak sekolah . hahaha :D cuma tengah tunggu keputusan yang bakal keluar je nanti . btw BATCH 95 ALL THE BEST RESULT SPM NANTI . MOGA DAPAT STRAIGHT A . AMINN :) Ape pun ziera doakan semoga korang semua berjaya didunia dan juga akhirat . Aminn :)


Hari nie 30 DISEMBER 2012 . Hari yang terakhir tahun 2012 . Bersamaan 18 SAFAR 1434 :) Esok da masuk 1 JANUARI 2013 . Bersamaan 19 SAFAR 1434 :) hmm tahun 2012 banyak sangat pengalaman ziera . duka , pahit , manis semuanye ade :/ hmm . hope tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012 . Aminn :)

~
~
~

2012 KATA PERGI , 2013 KATA MARI :D


|
|
|
|
|
|
|

Selamat Datang TAHUN 2013 :)


~
~
~
~
~

Ape azam korang tahun 2013 nie ? hihihi ;) Semoga tahun 2013 nie lebih bermakna dari tahun tahun yang lepas . Aminn :) Ziera na dapat 8A PMR 2013 . InShaaAllah :) Batch 98 'Korang pun na kan ?' sape la yang takna kan ? hahaha :D BERUSAHA , BERDOA , TAWAKAL . SOLAT JANGAN TINGGAL TAU . InShaaAllah bole dapat 8A . Aminn :') Ziera akan berusaha yang terbaik . Ziera takna kecewakan harapan keluarga ziera . Ziera sayang keluarga ziera sangat sangat :***** Ziera kena kurangkan main twitter , main facebook . Maybe ziera kan deatived kan facebook . Twitter tak kot . hmm ~ Ziera harap sangat ziera bole jawab dengan tenang PMR nanti dan hope soalan soalan PMR senang . Aminn :) yela kan nie last batch PMR . hehehe :) hope batch 98 terbaik untuk PMR 2013 macam UPSR 2010 dan hope batch 98 akan lebih ramai dapat straight A . hihihi Amin (":

Ziera harap tahun 2013 ziera akan jadi anak yang lebuh baik dan anak yang solehah . Aminn . Ziera tau selama nie ziera asyikk terleka dengan dunia yang sementara nie dan lupe akan akhirat :'/ Ziera akan berubah . Ziera harap sangat tahun 2013 nie akan mendorong manusia sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNya . Aminn (: Sentiasa la ingat Allah walau dimana sekali pun kita berada tak kira lah waktu kita senang atau susah . Jangan lupa tanggungjawab kita pada Allah iaitu SOLAT . Kita nie hanya hamba Allah yang lemah dan hina , yang sentiasa melakukan kesilapan dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan . Moga Allah ampunkan dosa dosa kita yang banyak nie . Aminn . 

~
~
~
~
~

YA ALLAH
 APA YANG BISA
 KU TEBUS KEPADAMU
 ATAS DOSAKU
  ='/
YA ALLAH
 KU HINA TERASA
 BIAR KU BERSUJUD
 UNTUK KE SYURGAMU 

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

 
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT KERANA AJAL KITA BOLE SAMPAI BILA BILA MASA SAHAJA . MASA KITA TENGAH MAIN TWITTER , MAIN FACEBOOK PUN ALLAH BOLE TARIK NYAWA KITA . HANYA ALLAH YANG TAU BILA AJAL KITA .

~
~
~
~
~

KERNA KAU YANG SATU
YANG SETIA BERSAMKU
 DIKALA KU JATUH KU  BANGKIT KERNAMU
 KU TAHU KU ADAMU DI SISI KU SELALU
 BANTULAH HAMBAMU MENCARI KEREDAANMU :)


Semoga korang jadi insan yang berguna dan anak yang baik . Aminn :) Ingatlah hari kiamat da dekat . Tak takut kah kita akan balasan dan seksaan yang sangat dasyat akan dosa dosa kita disana nanti ? :( Semua amalan kita dari kecik hingga sekarang akan ditayangkan semula di akhirat nanti :( Dosa dosa kita banyak . Mohon ampun kepada Allah . InShaaAllah Allah ampunkan dosa dosa kita . Allah suka orang yang meminta ampun padaNya :) Semoga Allah terima segala amalan kita dan memberkati hidup kita . Aminn :)


SEMOGA KITA MEMPEROLEHI KEJAYAAN DIDUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT
AMIN YA ROBBAL ALAMIN :)

*
*
*


~SAMA SAMA LAH KITA MENCARI KEREDAAN ALLAH~
ASSALAMUALAIKUM :)

Rabu, 26 Disember 2012

Hmm.


Assalamualaikum.

da 28 hari ~

Bertemu dan berpisah semua kerana Allah. Allah da takdirkan ziera ngn khairul .................. hmm :( Ziera kena tabah dan sabar dengan semua nie. hmm. *hampir na nangis. YaAllah kuatkan la hati ini. Jangan biarkan ziera menangis sebab dia. Tak guna ziera nangis sebab dia. hmm :(  ziera harap sangat ziera bole lupakan diaa, ziera tau tak guna ziera ingatkan dia. da 28 hari ziera tak bole lupakan dia. susah ziera na lupakan dia. susah k susah ='/ Serius ziera cakap, ziera rindu dia :'/ Ziera selalu berdoa pada Allah agar Khairul rindu kan ziera jugakk...... . *tapi tak mungkin dia rindu ziera. hmm k

~
~



Semoga Allah sentiasa melindungi awak khairul walau dimana sekali pun awak berada sayangg :( Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak . Saya tau awak da bahagia dan lupekan saya . tapi saya ? hmm =( takpe la. Sayang saya pada awak tak penah hilang. Saya akan cube lupakan awak buat selama lamanya. Saya tau memang susah tapi saya kena buat jugak sebab awak da tak bermakna bagi saya :(

+
+
+
+
+
+
+
da lupakan :)
+
+
+
+
+
+
+

Lagy pun tak guna ziera ingat kat dia lagy. Allah sentiasa ade bersama dengan ziera. *Allah sentiasa bersama dengan kita :') InShaaAllah ziera bole :) Khairul, awak jangan risau k, saya akan lupakan awak walaupun susah sayangg. *I try to forget you dear khairul :') Saya akan buang perasaan sayang dan rindu saya pada awak. Saya cuba :* Saya tau sayang dan rindu saya selama nie sia sia. hmm k :) Dear Muhd Khairul Amin bin Shah Putra. terima kasih sebab penah hadir dalam hidup saya, terima kasih sebab penah menyayangi saya walaupun sekejap, terima kasih sebab sanggup abiskan kedit awak untuk cal saya dan terima kasih atas segala galanya. Terima kasih khairul :) Saya hargai :*

Maafkan lah segala kesalahan ziera selama ziera bersama dengan khairul. Saya akan cuba lupakan awak. Satu je saya mintak khairul .. jangan pernah membenci atau berdendam dengan saya tau. hmm. Saya harap awak akan jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya, yang mampu buat awak senang, yang mampu bahagiakan awak. Nanti awak jaga dia baik baik tau macam awak jaga saya sayangg :* Awak jangan lukakan hati dia macam awak lukakan hati saya. Awak bimbing dia elok elok tau :) Awak jaga diri baik baik ye, jangan lupa tanggungjawab awak pada Allah  :) tak kira la walau dimana sekali pun awak berada. Jangan sesekali tau awak lupa pada Allah . Sentiasa ingat Allah tau tak kira waktu awak susah atau susah . Saya harap satu hari nanti kita dapat berjumpa tak kira la bila. Aminn :)

ALLAH LEBIH TAU SEGALA GALANYA
BERSERAH SAJE PADANYA :')

+
+
+
+
+
+
Kembali Senyum :)
+
+
+
+
+
+

Buat masa sekarang nie, ziera takna bercinta dengan sape sape lagy. Cukupla ziera dilukakan, dikecewakan. Cukupla Khairul lelaki yang terakhir. Sekarang nie ziera na berkawan je :) COUPLE KATE PERGI , PMR KATE MARI :D Masa depan ziera masih panjang lagy :) lagy pun kalau ada jodoh takkan kemana kan ? sejauh mana pun dia pegy, kalau dia da jodoh kita takkan ke mana . right ? :) nanti da tiba masanya baru la ziera fikir pasal tu semua :) biarlah Allah yang menentukan :) kata mama ' JANGAN NA BERCINTA YE, MASA DEPAN MASIH PANJANG LAGY , BELAJAR DULU ' okayy mama :*

Ziera kena focus pada PMR 2013 :) lagy pun nie last PMR , last batch PMR :D BATCH 98 AWESOME :D jyeahh . hahaha . Ziera akan buat yang terbaik . InShaaAllah ziera takkan kecewakan family ziera terutamanya mama ngn ayah ziera :* Mama ngn ayah bagi harapan dekat ziera . Semua saudara mara , atuk dan nenek ziera bagi harapan kat ziera sebab ziera anak sulung . Ziera takde kakak , takde abang . Ade 2 orang adikk . Sorang laki , sorang perempuan :) lagy pun dorang mana ada PMR . hehe ;) Ziera takkan kecewakan dorang . Ziera takkan kecewakan orang yang ziera sayangg :) InShaaAllah :') Ziera sayang dorang sesangat :***** Biar ape pun yang terjadi , ziera akan terus belajar dan berusaha untuk capai capai cita ziera . InShaaAllah :) Jangan cepat putus asa , teruskan berusaha k :)

BERUSAHA , BERDOA , BERTAWAKAL
SOLAT JANGAN TINGGAL 
(tanggungjawab kita pada Allah jangan lupa)
InShaaAllah pasti berjaya :)

doakan ziera ye :) terima kasih .
ziera sentiasa doakan untuk korang .

kepada batch 98 :
GUD LUCK K PMR 2013 ,
BUAT BETUL BETUL ,
INSHAAALLAH DAPAT 8A ,
AMINN :)
ZIERA SENTIASA DOAKAN UNTUK KORANG :'*

Ahad, 16 Disember 2012

Sahabat ♡

Assalamualaikum :)



Hai .. hmm korang semua mesti ade sahabat kan ? *mesti la ade . :D tapi na cari sahabat yang betul betul setia dan sejati susah , tak senang na cari . kalau setakat sahabat yang ade bersama kita waktu senang je , baik takyah ;)waktu susah . dia tinggalkan kita . time dia senang lupe kita , time dia susah baru na cari kita . baik takyah . haha :D

SAHABAT ADALAH ANUGERAH YANG INDAH . MUNGKIN SESEORANG BOLE HIDUP TANPA KEKASIH TETAPI JARANG ORANG YANG BOLE HIDUP TANPA SAHABAT . YANG SELALU MENEMANINYA SAAT :D

Cinta memang senang nak cari kan ? tapi sahabat nie susah na cari . Na cari sahabat mesti la yang boleh membimbing kita ke jalan yang baik / jalan yang benar dan sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan . right ? :) Yang selalu berfikiran positif dan sentiasa tegur kita bila kita buat kesalahan . hehe . Segala suka dan duka kita boleh berkongsi bersama sahabat kita :) Sahabat yang baik ialah sahabat yang saling memahami dan ada ketika kita dalam kesusahan , bukan nye bile susah je dia ingat kita , bile senang campak je kita ke tepi , lupekan kita , abaikan kite , buat macam kite tak wujud je . Sahabat mesti la sentiasa ade bersama kita ketika suka / duka . Sahabat mesti la selalu ingat kan kita tentang solat , tentang agama . Sahabat juga mestilah sentiasa jujur dengan kita dan ikhlas berkawan dengan kita . Sahabat yang baik mesti dapat terima kita seadanya . 

SAHABAT YANG BERIMAN , IBARAT MENTARI YANG MENYINAR .
SAHABAT YANG SETIA , BAGAI PEWANGI YANG MENGHARUMKAN .
SAHABAT SEJATI , MENJADI PENDORONG IMPIAN .
SAHABAT BERHATI MULIA , MEMBAWA KITA KE JALAN ALLAH .
INSYAALLAH 

I'M RIGHT ? :D

Tak perlu la na cari sahabat kalau tengok rupa paras je , tak berkekalan . Kalau na cari sahabat , carilah sahabat yang betul betul sahabat . Kita juga kena terima seadanya sahabat kita tu . Ikhlas berkawan . InsyaAllah Allah memberkati persahabatan kita :) Apabila sahabat kita dalam kesusahan , jangan la kita abaikan , lupekan dia atau kita buat taktau je . Malah kita bincang dengan dia elok2 ,cakap baik baik , bantu ape yang patut . Insya Allah persahabatan akan berkekalan . Sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat kita dan semoga Allah melindungi sahabat kita walau di mana sekali pun dia berada :)

SAHABAT YANG SEJATI ADALAH SAHABAT YANG DAPAT BERKATA BENAR KEPADA KITA BUKAN SAHABAT YANG HANYA MEMBENARKAN KATA KATA KITA :)

SAHABAT YANG BAIK APABILA DIPANDANG WAJAHNYA , MEMBAWA MENGINGATI ALLAH , MENDENGARKAN KATA KATA NYA MENAMBAHKAN ILMU , TERLIHAT GERAK GERINYA MENINGGIKAN TAKUT KEPADA ALLAH , BERKAWAN DENGANNYA BERJUANG KE JALAN ALLAH . SUBHANALLAH :)

PERSAHABATAN LAGI PENTING DARIPADA PERCINTAAN

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi . Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan . Tanpa persahabatan , percintaan akan berakhir , tapi tanpa percintaan persahabatan bole berkekalan . InsyaAllah . Hargailah persahabatan yang terjalin :)Na bercinta bole , tak salah . Tapi jangan lah sampai abaikan sahabat kita . Nanti bila kita putus dengan kekasih kita , sahabat jugak yang di cari kan ? :3 

Hargailah sahabat yang sayang kita dan betul betul ikhlas berkawan dengan kita . Sayang lah kawan kita macam kita sayang kekasih kita . Kalau sahabat kita tu betul betul menangis sebab kita , bermakna dia memang betul betul ikhlas berkawan dengan kita . Kalau bercinta tu , ingat lah sahabat kita jugakk . Hargailah dia sebelum semuanye terlambat . Jangan menyesal kalau da terlambat . Menangis air mata darah sekali pun da tak guna ;) 

INSYAALLAH ALLAH AKAN MEMBERKATI DAN MERAHMATI PERSAHABATAN KITA . SAYANGI DAN HARGAI LAH SAHABAT KITA MACAM KITA SAYANG DAN HARGAI KEKASIH KITA . 
PERSAHABATAN YANG BAIK TIDAK AKAN DAPAT DI PISAHKAN MELAINKAN DENGAN KEMATIAN :)

-TERIMA KASIH MEMBACA-

Jumaat, 14 Disember 2012

Takde rezeki :')

Assalamualaikum :D

sihat ? hehe :'D tengok bola tak semalam ? Perlawanan separuh akhir antara Malaysia vs Thailand. Mesti tengok kan ? Ziera pun tengok jugakk. Korang mesti berdoa banyak banyak kan ? dan korang mesti harapkan malaysia menang dan dapat pegy final kan ? ziera pun macam tu jugak. tapi ........................ Malaysia kalah. tak dapat pegy final. hmm ...... *cedih :( mungkin takde rezeki untuk Malaysia ke final tahun nie.





Tapi kan, padang thailand teruk. hee :P btw kan, pengadil dia cam tak adil dan tak jujur je. *tak baik sn\aPada masa ke berapa tah, *da lupe. tetibe je fadhi kena kad merah, patut nye pemain thailand yang salah, bukan fadhli ! pemain thailand ramai jatuhkan pemain malaysia, tapi pengadil tak buat ape ape pun. Bile malaysia jatuhkan pemain thailand . Ambikk pulak tindakan . Padahal baru sikit je jatuh . Aduyaiii aptb pengadil korea tu -,-' Semalam on twitter, ramai yang tweet tak puas hati dengan pengadil tu. haha :D Semua tak setuju fadhli kena kad merah. hmm takpe la. Ape pun Malaysia bermain dengan jujur :') Allah nampak ape yang korang buat k :) ingat tu ~ Semalam pemain pemain malaysia da berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan gol. kami hargai :') Thailand mula menjaringkan gol pada separuh masa kedua. 2 gol. Tapi ape pun, malaysia main jujur. Dorang da berusaha sebaik mungkin. Farizal memang golkeeper terbaik semalam. Dia sanggup cedera daripada thailand dapat masuk kan gol lagi. Memang terbaik farizal :') kesian dia, tak silap kena sepak kat muka dia. kesian dia ~ Bola hampir hampir na beri gol yang ketiga buat thailand. :|








Pemain pemain malaysia jangan sedihh sedihh ye. Bersabar k :) Mungkin Allah na beri yang lebih baik :) kita tak tau ~ Okayy la tu da sampai separuh akhir. Korang da berusaha sungguh sungguh kan ? Kami hargai sangat sangat, walaupun sedihh. bagi ziera, Malaysia tak penah kalah, malaysia sentiasa menangg. Yeahh :'D Kami sentiasa sokong malaysia walau ape pun yang terjadi :') Menang atau kalah, normal la tu . hehe ;) Kami sayang malaysia. Kami tetap sokong malaysia :')




Terima kasih kepada pemain pemain malaysia kerana da berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan gol semalam.  Kami hargai. Kalah sekali bukan bermakna kalah selama lamanya. hehe ;D Terus bangkit dan jangan cepat mengalah. *sambil nyanyi lagu bangun harimau bangun :D Walau ape pun terjadi Malaysia tetap is the number 1 dan kami akan setia menyokong harima malaya :') Auummmmm :* 

HARIMAU MALAYA BOLE . YEAHHHH :'D
SELAMANYA HARIMAU MALAYA 




Isnin, 10 Disember 2012

na cite sikit :'D

Assalamualaikum :')




hahaha :D kenal tak ^ ? comel kan dia ? hensem pun ade. haha :'D geram ziera tengok dia. hahaha. na cubit je pipi dia. *comel sangat . hahaha k melting ;'D hihi :') tetibe pulak minat kat dia. *perempuan pantang nampak lelaki comel, mula la melting. hahaha :') ziera mule minat dia masa mule mule cinta bersemi di putih abu abu start. haha :D comel sangat dia berlakon. hihi :') hope satu hari nanti dapat jumpe dia. aminn :') hahaha tu je na bagitau. *takde idea sebenarnya na cite. :D haha jangan marah k. *smile :)) hihihi. take care ye kawan kawan. Assalamualaikum :')